Wednesday 5 September 2012

ANTONI GAUDI & SAGRADA FAMILIA

Where: Barcelona, Spain
When: December 2008
How: Tokushima- Izumi Airport - Haneda Airport - Narita Airport - Heathrow Airport (London) - Barcelona
Rating: 10/10
view of Mount Fuji from my flight
Saya tak pernah kenal pun siapa Antoni Gaudi ni sampai lah saya menjejakkan kaki ke bumi Barcelona. Gaudi ni sebenarnya adalah seorang architect & designer yang sangat terkenal di Spain. Tujuh bangunan hasil design Antoni Gaudi termasuk dalam senarai UNESCO World Heritage dan yang paling famous sudah semestinya Sagrada Familia.

Incomplete Sagrada Familia


Memang tak lengkap kalau pergi Spain tak melawat Sagrada Familia ni. Sagrada Familia ni adalah satu gereja yang sangat besar dan mula di bina sejak 1866, tapi sampai sekarang tak siap-siap lagi. Masa saya pergi melawat 4 tahun lepas pun still under construction. Kenapa tak siap? Sebab utamanya, Antoni Gaudi meninggal pada tahun 1926 sebelum dia sempat menyiapkan Sagrada Familia ni. So lepas dia meninggal, progress tersangat-sangat slow dan sebab itulah sampai sekarang pun masih tak siap.

still under construction
kronologi pembinaan Sagrada Familia

Walaupun under construction, saya sangat kagum dengan seni bina Sagrada Familia ni. Sangat detail dan setiap dinding dia mesti ada ukiran.  Bukan Sagrada Familia je, tapi kebanyakan bangunan di Barcelona memang macam tu. Cantik, berseni dan unik!


Selain dari Sagrada Familia, antara bangunan terkenal hasil design Antoni Gaudi adalah Casa Milla, Casa Battlo, Park Guell dan banyak lagi. Saya hanya sempat melawat Park Guell, memang cun. Memang genius lah pakcik Gaudi ni. Trademark paling famous di Park Guell ni adalah salamander (macam cicak) kat entrance dia. Gaudi mendapat ilham dari nature & environment sekeliling untuk design setiap bangunan dia.

Bus stop di Park Guell
Salamander di entrance Park Guell
entrance





spot favourite saya. Ada perspektif
the three of us :)
Kenapa saya sangat sukakan Barcelona? Banyak bangunan yang cantik-cantik, penduduknya yang sangat friendly, banyak lelaki kacak ^^ dan banyak tempat yang happening. Bahasa Spanish @ Latin juga sangat seksi. Kalau stay lama sikit kat Barcelona ni, mungkin saya boleh berbahasa Latin ;)

Gracias (^_^) Love Spain very much!
Kalau ada rezeki, teringin sangat nak sampai Granada & Cordoba di Andalusia, Spain untuk melihat sendiri peninggalan sejarah Islam di sana. InsyaAllah~

2 comments:

  1. Yup, Barca is one of my favorite place juga! Saya ada satu lagi nak tambah for Sagrada Familia, actually dekat atas entrance tu ada kepala Jesus punye carving, and mata Jesus diukir the way that kalau kita datang dari mana2 angle pun, akan nampak macam mata Jesus tu sedang pandang ke arah kite. Menarik kan?

    Gaudi sangat mengagumkan sebab 'sentuhan'nya sangat mcm dalam fairy tales.. sangat best!!

    Kalau ada rezeki saya melawat Spain lagi, sy nak tengok sentuhan modern Spanish Architect pulak, Santiago Calatrava :)

    p/s: Kalau nak lawat Andalusia, daku mahu ikut jua !!!

    ReplyDelete
  2. ari tu tak naik pun sampai atas, ramai sgt orang. rasa rugi pulak..ada satu angle tu memang cantik gila dari atas..gaudi ni mmg sgt detail kan. even kat kaki2 tiang tu kalau perasan ada statue penyu la, cicak la, mcm telur pun ada..omoshirokatta!

    ReplyDelete