Wednesday 23 January 2013

Koh Lipe

They called it as the "Maldives of Thailand". Sebab apa? Sebab pantai dia sangat cantik, takde pollution, air pun biru dan coral dia sangat cantik!

Koh Lipe - Tak ramai yg tau dengan tempat ni. Kalau sebut Phuket, Krabi atau Koh Samui mungkin orang kenal tapi kalau Koh Lipe, kat mana pun orang x tau. Sebenarnya Koh Lipe ni dekat je dengan Langkawi. About 40 km. Ada beberapa route yang boleh digunakan utk sampai sini:

1) Naik speedboat dari Langkawi
Boleh pilih samada nak naik dari Telaga Harbour, Awana Jetty or Kuah. Beli tiket boat pun dari online je. Senang! Tapi agak surprise jugaklah sebab tiket dia mahal. One way cost around RM120. Naik speed boat ni best sebab sangat laju. Perjalanan around 1 jam. Masa pi dulu, ada dolphin dok ikut belakang bot kami :)

This is their website. Boleh book kat sini --> http://telaga-terminal.com/index.html


The only disadvantage naik ikut Telaga Harbour is dia open dari Nov - Feb sahaja. So selain dari masa ni, kena naik dari route yang lain which is, Pak Barra.

2) Pak Barra
Pak Barra ni terletak kat Satun, South Thai. Boleh naik feri dari sini. Ambil masa 2 jam. Lambat sikit sebab Pak Barra ni terletak agak jauh dari Koh Lipe. So I think better naik dari Langkawi lah. Cuma kalau pegi time low season (Mac - Oct), memang kena naik dari Pak Barra. Kalau tak mau jugak, boleh je tumpang bot nelayan Kuala Perlis hehe

Koh Lipe. Kecik je pulau dia
OK. Bila dah setel cop passport semua, kami pun naik la speedboat ke Koh Lipe. Mostly yang pergi semua mat saleh. Kami jelah kot orang Malaysia. Terasa mcm kat oversea pulak ahaks. Kat sana, takde jeti. So kami kena pulak transit naik longtail boat. Nak masuk pulau ni pun, dah kena charge 30 baht (RM3) untuk management fee. Orang Siam memang cekap kalau bab pow duit orang ni kan.

Longtail boat
Immigration. Kecik je kan!


Lepas kutip passport kat Immigration, kami terus check in Bundhaya Resort. Nasib baik sebelah je. Hotel ni best sebab betul2 dekat Pattaya Beach. Location memang awesome! Kami amik Garden Deluxe Bungalow. Harga RM350/night. Bilik memang best. Ada outdoor shower lagi auwwww :)


Ni gambar dari website. Time kami pi dulu, takda kelambu pun. Tapi still romantik :) Koh Lipe ni pulau dia kecik je, Boleh round satu pulau satu hari. Yang uniknya sini takda kereta langsung! Hanya ada motosikal je. So boleh bayangkan tak betapa freshnye udara kat sini. Tambah2 pasir dia yang mcm tepung tu. Fuh awesome! So apa je aktiviti yang boleh buat kat Koh Lipe ni? Dah nama pun pulau kan, mestilah berenang, berjemur, snorkeling, diving, intai mat saleh, hari2 makan Tom Yam yang sangat sedap dan yang penting, menikmati ciptaan tuhan :)

Sampai2 pun dah lewat. Jadi, kami pun keluar nak makan malam. Tak jauh dari Bundhaya Resort, ada restoran halal. Betul2 depan Pattaya Beach. Masa ni dah nak malam dah. So waiter sedang bersiap2 set up meja untuk dinner. Pasang candle & ada live band lagi. Waiter siap amik order cakap Melayu. So no problem. Tengok2 menu je fuhh mahal gila. Tom Yam semangkuk dah RM18, teh ais RM6 segelas! Disebabkan kami sangat lapar, main order la sesuka hati. Food dia sangat sedap! Sungguh nikmat makan kat sini. Dengan sunset yang cantik tu fuhhh!



Fireshow depan restoran kami
Lepas dinner, then jalan2 kat Walking Street. Sini ada banyak kedai. Nak beli t shirt, souvenir, bikini, beg semua ada. Nak booking snorkeling trip or amik lesen scuba diving pun boleh. Kami just book Snorkeling trip kat situ je. 400 baht for day trip including lunch, snorkeling gear and everything. Lagi murah kalau nak dibandingkan dari booking tru hotel. Ada 2 program actually. Kalau nak yang lebih relax better amik Pakej A - Jabong, Koh Hing Gam, Koh Rawi, Koh Adang dan Koh Yang. Pakej B jauh sikit. Kalau nak tengok coral cantik, better amik Pakej B - Koh Hin Som, Koh Lugoi, Koh Dong, Koh Pung dan Koh Bulu. Harga dalam 500 baht. Pikir punya pikir, kami just amik Pakej A.

To be continued~ Stay tune!

Wednesday 31 October 2012

Hawaii: Heaven On Earth

Hi. Dah lama tak update blog. Dah dekat sebulan. Nampak gayanya dah start dah perangai hangat-hangat taik ayam tu. Memula je semangat, lepas tu semangat pun hilang ke laut :)

Cakap pasal laut, nak cerita pasal satu tempat yang saya rasa sangat best iaitu HAWAII. Saya selalu berangan nak pi Hawaii sejak tengok cerita Baywatch. Dan mimpi jadi kenyataan bila supervisor master suruh saya present paper di conference kat Hawaii. Dan yang bestnya, dia sponsor semuanya kecuali shopping dan makan! Semua student di lab saya dapat pergi ke Hawaii. Dah jadi mcm trip sekolah la pulak. Kami bertolak dari Narita Airport ke Honolulu, lebih kurang 8 jam perjalanan. 

Hawaii bagi saya, satu tempat yang sangat cool dan relax. Selamba je mat saleh berjalan-jalan kat bandar without pakai baju dan kasut hehe Pakai bikini & just barefoot. Banyak outlet yang best-best, malam yang happening dan laut yang biru!

 These what I did in Hawaii and I enjoyed every moment of it!

1. Playing beach volley @ Waikiki Beach


2. Shopping at International Market Place


3. Watching sunset


4. Hula Dance


5. Rent a roadster & drive around Honolulu


6. Enjoying the beach



7. Hiking to Diamond Head & enjoying the awesome view

 



8. Souvenirs hunting at ABC Stores


9. Eat Hawaian food

the delicious Ahi Poke. I love tuna :)
the receipt. I ate Ahi Poke
the beautiful waitress

10. Discover the Big Tree @ Moanalua Gardens






11. Watch sunset again









 12. Shopping at factory outlet


13. Read some interesting signboard



14. And finally, of course jump into the blue sea ;)


Cheers! I am enjoying life....

Friday 21 September 2012

Winter in Switzerland

Where: Geneva & Zurich, Switzerland
When: January 2009
How: Paris-Geneva-Zurich
Rating: 10/10

My one & only companion: Travel Book!
I love Switzerland very much. Walaupun living cost kat sana sangat mahal, tapi negara dia cantik. Penduduk kat sana pun baik-baik. Masa ni memang sejuk gila. Even fountain pun boleh beku jadi ais! 

Saya naik bas dari Paris sampai Geneva. Sebenarnya, kalau nak jalan2 kat Europe ni better naik train je, convenience sikit. Tapi, memandangkan saya ni binbou ryokou (read: travel cara miskin), terpaksalah naik bas je. Saya amik all-pass dari Eurolines. So nak travel mana2 pun free je bila ada pass ni. This is their website. Harga pun murah la dari Eurorail. http://www.eurolines.com/en/

Kat Geneva, jalan2 kejap pastu meneruskan perjalanan pula ke Zurich. Actually, boleh nampak Swiss Alps kat Zurich tapi masa ni cuaca tak elok sangat. Asyik berkabus je. Malas nak cerita panjang2, just enjoy the pics :)





Arriving Zurich :)


the frozen fountain!