Sunday 26 August 2012

HOW TO START?

“The world is a book and those who do not travel read only one page.” – St. Augustine

“There are no foreign lands. It is the traveler only who is foreign.” – Robert Louis Stevenson 

"The more places you go, the more you will learn!" - Azian :)

Saya suka traveling.  Saya suka berjalan dan suka explore benda baru. Saya sangat kagum dengan ciptaan Allah yang jadikan bumi ini luas, cantik dan didiami oleh pelbagai jenis manusia. Dah lama nak tulis semua cerita & pengalaman dalam satu tempat, tapi tak pernah ada masa nak buat. So hari ni saya nekad untuk start menulis. Tujuan utama adalah untuk share dengan kawan-kawan, sambil nak recall balik memori yang lepas-lepas. Kot2 la anak cucu boleh baca balik blog ni. Baru la depa tau yang tok depa ni dah jalan-jalan satu dunia (haha berangan). Saya harap blog ni tak jadi hangat-hangat tahi ayam sudah lah :)

6 tahun kat Jepun. Hampir explore semua tempat kat Jepun ni dari Hokkaido sampai la pulau Okinawa. MashaAllah, sangat cantik.  Tapi knowledge tu masih tak cukup. Masih banyak lagi kisah dan sejarah yang saya tak tahu. Hiroshima dengan kesan bom nuklearnya (1945), Kobe dengan kesan gempa buminya (1995), Kyoto, Tokyo, Tokushima, Osaka dan banyak lagi. Setiap tempat tu ada ceritanya yang tersendiri.

Sebulan pengalaman di Xian, China. Xian adalah satu tempat yang sangat menarik. Kalau nak tahu, 8th Wonders of the World terdapat di Xian. Terra Cotta Warriors & Horses, makam lama 2000 tahun dulu yang baru dijumpai pada tahun 1979. Sangat kagum dengan patung-patung lama yang masih kekal sampai ke hari ini!

Hampir sebulan di bumi Eropah. Bermula di bumi Sepanyol, kemudian ke London, Perancis, Switzerland dan Germany. Saya sudah jatuh cinta dengan Europe! Banyak cerita nak share kat Europe ni. Banyak bangunan lama yang cantik-cantik. Paling saya suka adalah Spain dan France! Tapi tak puas hati sebab banyak tempat yang saya tak sampai lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan sampai juga satu hari nanti. Nak sangat sampai Italy, Turkey & East Europe!

Seminggu di Cambodia. Antara tempat yang paling saya suka adalah Angkor Wat di Siem Reap. Kenangan naik bas 8 jam dari Phnom Penh ke Siem Reap tanpa ada highway memang tak boleh lupa sampai ke hari ini. Adventurous sungguh :)

Dan tak lupa juga kisah di Kampung Orang Asli Bateq, Kuala Koh, Kelantan!  Berbual-bual dengan Nenek Pengaseh dan Tok Batin dengan loghat kelate. Kaum ni boleh dikatakan agak unik kerana kulit mereka ada corak seolah-olah batik. Sebab tu dipanggil Orang Asli Bateq.

Banyaknya benda saya nak cerita. Masalahnya, macam mana nak start? Ikut kronologi atau ikut tempat? Rasanya blog ni dah boleh jadi Wikipedia kot nanti. Yang pasti saya akan post gambar-gambar favourite yang saya capture sendiri:) Tapi nak bagitau awal-awal yang saya tak pandai amik gambar. Masih di level amatur.

Every photo tells a story...Till we meet again in the next post :)


3 comments:

  1. x kisah nak mula dari mana pun yang penting dah teruja ni...maklum la x pernah sampai lagi tempat yang disebut2 tu..bestnya dia...

    ReplyDelete
  2. waaa~ angah dah ader blog~ hehehehe

    ReplyDelete
  3. betul2...teruja juga...sebab xpenah sampai ke suma tempat tu..Suka gak travel..:D

    ReplyDelete