Wednesday, 23 January 2013

Koh Lipe

They called it as the "Maldives of Thailand". Sebab apa? Sebab pantai dia sangat cantik, takde pollution, air pun biru dan coral dia sangat cantik!

Koh Lipe - Tak ramai yg tau dengan tempat ni. Kalau sebut Phuket, Krabi atau Koh Samui mungkin orang kenal tapi kalau Koh Lipe, kat mana pun orang x tau. Sebenarnya Koh Lipe ni dekat je dengan Langkawi. About 40 km. Ada beberapa route yang boleh digunakan utk sampai sini:

1) Naik speedboat dari Langkawi
Boleh pilih samada nak naik dari Telaga Harbour, Awana Jetty or Kuah. Beli tiket boat pun dari online je. Senang! Tapi agak surprise jugaklah sebab tiket dia mahal. One way cost around RM120. Naik speed boat ni best sebab sangat laju. Perjalanan around 1 jam. Masa pi dulu, ada dolphin dok ikut belakang bot kami :)

This is their website. Boleh book kat sini --> http://telaga-terminal.com/index.html


The only disadvantage naik ikut Telaga Harbour is dia open dari Nov - Feb sahaja. So selain dari masa ni, kena naik dari route yang lain which is, Pak Barra.

2) Pak Barra
Pak Barra ni terletak kat Satun, South Thai. Boleh naik feri dari sini. Ambil masa 2 jam. Lambat sikit sebab Pak Barra ni terletak agak jauh dari Koh Lipe. So I think better naik dari Langkawi lah. Cuma kalau pegi time low season (Mac - Oct), memang kena naik dari Pak Barra. Kalau tak mau jugak, boleh je tumpang bot nelayan Kuala Perlis hehe

Koh Lipe. Kecik je pulau dia
OK. Bila dah setel cop passport semua, kami pun naik la speedboat ke Koh Lipe. Mostly yang pergi semua mat saleh. Kami jelah kot orang Malaysia. Terasa mcm kat oversea pulak ahaks. Kat sana, takde jeti. So kami kena pulak transit naik longtail boat. Nak masuk pulau ni pun, dah kena charge 30 baht (RM3) untuk management fee. Orang Siam memang cekap kalau bab pow duit orang ni kan.

Longtail boat
Immigration. Kecik je kan!


Lepas kutip passport kat Immigration, kami terus check in Bundhaya Resort. Nasib baik sebelah je. Hotel ni best sebab betul2 dekat Pattaya Beach. Location memang awesome! Kami amik Garden Deluxe Bungalow. Harga RM350/night. Bilik memang best. Ada outdoor shower lagi auwwww :)


Ni gambar dari website. Time kami pi dulu, takda kelambu pun. Tapi still romantik :) Koh Lipe ni pulau dia kecik je, Boleh round satu pulau satu hari. Yang uniknya sini takda kereta langsung! Hanya ada motosikal je. So boleh bayangkan tak betapa freshnye udara kat sini. Tambah2 pasir dia yang mcm tepung tu. Fuh awesome! So apa je aktiviti yang boleh buat kat Koh Lipe ni? Dah nama pun pulau kan, mestilah berenang, berjemur, snorkeling, diving, intai mat saleh, hari2 makan Tom Yam yang sangat sedap dan yang penting, menikmati ciptaan tuhan :)

Sampai2 pun dah lewat. Jadi, kami pun keluar nak makan malam. Tak jauh dari Bundhaya Resort, ada restoran halal. Betul2 depan Pattaya Beach. Masa ni dah nak malam dah. So waiter sedang bersiap2 set up meja untuk dinner. Pasang candle & ada live band lagi. Waiter siap amik order cakap Melayu. So no problem. Tengok2 menu je fuhh mahal gila. Tom Yam semangkuk dah RM18, teh ais RM6 segelas! Disebabkan kami sangat lapar, main order la sesuka hati. Food dia sangat sedap! Sungguh nikmat makan kat sini. Dengan sunset yang cantik tu fuhhh!



Fireshow depan restoran kami
Lepas dinner, then jalan2 kat Walking Street. Sini ada banyak kedai. Nak beli t shirt, souvenir, bikini, beg semua ada. Nak booking snorkeling trip or amik lesen scuba diving pun boleh. Kami just book Snorkeling trip kat situ je. 400 baht for day trip including lunch, snorkeling gear and everything. Lagi murah kalau nak dibandingkan dari booking tru hotel. Ada 2 program actually. Kalau nak yang lebih relax better amik Pakej A - Jabong, Koh Hing Gam, Koh Rawi, Koh Adang dan Koh Yang. Pakej B jauh sikit. Kalau nak tengok coral cantik, better amik Pakej B - Koh Hin Som, Koh Lugoi, Koh Dong, Koh Pung dan Koh Bulu. Harga dalam 500 baht. Pikir punya pikir, kami just amik Pakej A.

To be continued~ Stay tune!

1 comment:

  1. hai..macamane nak join ur site?xde butang nak tekan pon..heheheheh

    ReplyDelete